Friday, 12 October 2018

TEKNOLOGI MESIN PEMASARAN ON LINE

 WORK SMART ADALAH KATA KUNCI


DALAM SENI PEMASARAN ONLINE ANDA PERLU 'WORK-SMART'

TAK PERLU BANYAK MODAL RM. HANYA PERLUKAN MODAL MASA + HELAH

Gunakanlah gabungan mesin pemasaran dan strategi. Atau dengan kata lain, tak perlu gunakan tenaga dan masa yang banyak. Tapi gunakanlah teknologi dan kreativiti dalam memastikan usaha pemasaran anda berkesan.

Seumpama jika anda ingin ke Kota Bharu dari Kuala Lumpur. Perlukah anda berjalan kaki merentas lebuh raya berhari-hari walaupun tetap tiba ke destinasi. Tentu penat dan memakan masa kann ?
Jadi kenapa tidak gunakan teknologi terkini yang lebih menjimatkan masa, ringkas, selesa untuk menuju destinasi yang dituju ?

JADI INILAH YANG INGIN SAYA CERITAKAN KEPADA ANDA SEMUA..



Gambar di atas bukanlah saya sebagai penulis. Tapi contoh sebagai peniaga yang pintar.

 Kenapa Mesti Bisnes On-Line ?

Tidak keterlaluan kalau saya katakan era sekarang adalah segalanya online. Ini lantaran segala-galanya perlu menjimatkan kos, masa, penggunaan teknologi dihujung jari yang meluas, jalan raya yang sentiasa sesak dan sebagainya.

Rugi kalau kita tidak mengambil kesempatan terhadap kecenderungan semasa gaya pembeli di Malaysia sekarang.

Konsep Model Perniagaan

Saya mengambil ilham dari konsep survival ekonomi negara Singapura.
Cuba fikirkan apa istimewanya negara jiran kita Singapura ?

Tiada sumber asli, negara yang kecil dan bilangan rakyat yang tak ramai. Kilang pengeluaran pula tidaklah sebanyak di Malaysia. Pelabuhan mereka amat sibuk menerima kemasukan pelbagai barangan dari luar negara sebagai pintu masuk untuk edaran kepada negara-negara jirannya.
Hasilnya, Singapura mampu bersaing menjadi gergasi ekonomi di Asia.

Mengambil kira atas faktor di atas, kenapa tidak kita sebagai peniaga online meniru survival Singapura sebagai pemain ekonomi penting di Asia ?
Tidak perlu punyai kilang-kilang besar, tidak perlu punyai pekerja yang ramai, tidak perlu beban tanggungan yang tinggi.

Cukup hanya jentera pemasaran yang canggih, sedikit kreativiti, barangan untuk diperdagangkan, sistem pengurusan yang teratur dan kerajinan.

Objektif utama: Penawaran yang kita buat sampai kepada sasaran jutaan prospek secara jalan pintas yang pantas.


Taktik Bagaimana Buat Ratusan Iklan FREE di Mudah.My

Saya juga akan tunjukkan bagaimana mengiklan dan menguruskan ratusan iklan di Mudah.My dan Carousell tanpa membayar sesen pun tanpa di tendang.
Anda perlukan strategi menyusun database iklan seperti yang akan saya tunjukkan.



Bagaimana Pula Menggunakan Mesin Mengiklan Automatik

Saya tunjukkan juga bagaimanakah cara menggunakan mesin (software) pengiklanan yang membolehkan anda mencecah jutaan prospek pembeli.
Memasarkan siang dan malam tanpa henti ke seluruh Malaysia dengan pantas tanpa penat. Mesin memang tak pandai komplen apatah lagi untuk mogok.
 

Sedikit Tentang Saya

  • Nama : Ruzlan Ab.Rahman

  • Pengasas perniagaan : Satu Kedai Resources Sdn Bhd


  • Kerjaya Asal : Designer dengan 25 tahun pengalaman.
Klik sini: http://www.1kedai.com/kedai/index.php?option=com_content&view=category&layout=blog&id=11&Itemid=17
 

Tahun 2019, bermakna lebih 10 tahun terlibat dengan dunia perniagaan online setelah melalui pelbagai pengalaman, experiment, gagal dan berjaya.


 

Wednesday, 12 September 2018

PENDEDAHAN EKSKLUSIF: SENJATA RAHSIA PEMASARAN KAMI

Pertama Kali Dalam Sejarah Perniagaan Online 1KEDAI.COM Sejak 2008

Saya setuju nak dedahkan satu rahsia pemasaran yang kami simpan rapi sejak 2008 hingga 2019.
HANYA EKSKLUSIF DIBAWAH GRUP dari www.1kedai.com (pemilik bisnes).



Bagaimana perniagaan 1kedai.com selama ini perolehi hits pengunjung lebih 1.5 JUTA pelawat sebulan ?
1.5 juta hits sebulan bermakna 1.5 juta orang prospek pembeli / pelanggan sebulan.
Tentu ramai yang nak tau bukan ? Selama ini ianya adalah rahsia teknologi pemasaran www.1kedai.com

Buat pertama kalinya RAHSIA YANG SAYA SIMPAN RAPI ini akan saya dedahkan kepada seluruh bakal peniaga on-line di Malaysia.

Setelah lama berfikir dan berfikir, akhirnya saya menyedari bisnes mesin top-up reload dan bayar bil adalah perniagaan networking yang memerlukan kerjasama ramai pihak.

"Ianya keputusan amat berat untuk saya dedahkan. Umpama DEDAHKAN SENJATA BERBAHAYA KAMI kepada pesaing.."

Pemasaran networking bermakna strategi pemasaran harus dikongsikan bersama-sama ahli. Bisnes MyMi1 adalah bisnes produk maya dan ianya
teramat relevan untuk dipasarkan secara maya juga.



Bagaimana untuk menakluki pemasaran kepada seluruh isi rumah rakyat Malaysia berjumlah 30 juta orang pada kos yang amat minima ?

Ia umpama kata, jika anda ingin ke Bangkok dari K.Lumpur dengan hanya berjalan kaki tentu saja meletihkan dan memakan waktu berhari-hari bukan ?
Apakata anda naik kapalterbang untuk sampai ke Bangkok dalam erti kata lain anda menggunakan teknologi tools / perkakasan dalam menuju destinasi.

Taktik Bagaimana Anda Viralkan Produk anda di Mudah.My dan Carousell

Saya ingin tegaskan semula di sini: PEMASARAN ANDA HARUSLAH ' AT FREE COST '
Tak perlu laburkan beratus-ratus ringgit untuk pengiklanan sebagai usahawan yang 'beginner' seperti saya (selama-lamanya beginner..ha haa).

MULA-MULA sekali, tiru macam saya. Ayuh ringankan tulang jari-jemari anda menekan papan kekunci komputer anda. Buat akaun platform pengiklanan anda di Mudah.my dan Carousell.com.



Jangan lepaskan peluang yang disediakan. Gunakan kemudahan butang promosi yang ada di Mudah.My semaksima mungkin.
Begitu juga di Carousell.com Jangan di sia-siakan peluang yang ada. Anda harus jadi hulubalang siber yang optimistik.

Kesemua butang-butang viral / hebahan ini adalah penting bagi menaikkan SEO (Search Engine Optimization) anda. Saya ulang lagi, PEMASARAN ANDA HARUSLAH ' AT FREE COST '. Tak perlu menghabiskan wang anda yang berharga untuk mengupah individu menaikkan SEO ranking website anda.


"Jadi apa tunggu lagi ? 



Ruzlan Ab.Rahman
Tel: 010-201 2001
1Kedai.com
(Pengasas perniagaan online gajet no.1 di Malaysia www.1kedai.com).