Sunday 17 July 2016

BAGAIMANA TAKTIK PEPERANGAN PEMASARAN CYBER ?

ANGGAPLAH PEMASARAN ONLINE DI MALAYSIA SEKARANG ADALAH SATU BENTUK PEPERANGAN MAYA YANG SENGIT.


Di era sekarang seorang pengusaha pemasaran online terpaksa bersaing dengan kebanjiran ribuan peniaga online yang baru. Oleh itu anda perlukan senjata peperangan canggih dan ampuh untuk bersaing dan memenangi dan menawan hati bakal pembeli anda. Jika anda masih berperang dengan keris dan silat, bermakna anda hanya dapat menewaskan seorang musuh dalam satu ketika sahaja.

Persoalan. ? Bagaimana untuk melakukan serangan pemasaran dengan serangan pemasaran pintar ? Sekali suis pelancar roket ditekan dapat mengenai ribuan sasaran.

LANGKAH 1 

Pertama sekali anda perlukan produk dagangan untuk diniagakan.
Amat penting bagaimana anda menguruskan bank aset bahan produk dagangan yang berharga lengkap dengan maklumat produk, sumber pembekal, harga jual, harga pembekal, stok tersedia dan sebagainya.

Simpan kesemua maklumat produk dalam satu fail folder dan kategorikan mengikut pengkelasan anda sendiri. 1kedai Dotcom sendiri memiliki ratusan produk yang terbahagi kepada gajet dan bahan grafik sebagai bahan dagangan. Saya menggelarkannya sebagai PELURU dimana ianya harus disimpan dilokasi khas di komputer anda.



LANGKAH 2

Mengatur strategi serangan.

Ianya amat penting kerana ia menentukan samada rancangan kita akan gagal atau sebaliknya. Saya sendiri telah gagal beberapa kali dalam menentukan corak serangan dimana petunjuk jumlah pelawat di C-Panel website dan respon dari pembelian jadi kayu ukur sebenarnya.

Antara kebiasaan saya dalam menilai setiap kempen produk sama ada berjaya atau tidak adalah melalui ANALISA :
  •    Memerhatikan jumlah pelawat harian dari Awstat C-Panel website yang berkaitan dengan kempen terbaru yang telah kita lakukan.
  •    Perhatikan juga dari mana datangnya kuantiti pelawat itu sendiri. Jumlah trafik pelawat selalunya berkait dengan jualan harian kita.
  •  Kadar perletakkan harga amat penting. Contohnya dalam situasi sekarang di tahun 2018, setiap harga melebihi RM300 dalam website jualan gajet saya (www.1kedai.com) permintaan adalah begitu rendah. Umpama menjual Perodua dan Lamborghini dimana untung sikit dan untung besar adalah faktor penting dalam aliran keluar masuk ringgit.
Corak serangan pemasaran yang saya amalkan adalah: MARKAS TENTERA PENYERANG.


LANGKAH3

Bagaimana mengendalikan mesin peperangan anda ?

Sebagaimana yang telah saya jelaskan sebelum ini, pemasaran siber masakini bolehlah saya anggap sebagai sejenis peperangan yang dahsyat dan canggih dimana teknologi memainkan peranan penting.
SAYA MENGAKU MELAKUKAN SERANGAN PEMASARAN BERTALU-TALU SETIAP HARI.


Dalam pemasaran dunia siber, komputer anda adalah cockpit dashboard atau modul perintah dalam melakukan setiap serangan pemasaran. Maaf kalau saya gunakan metafora bayangan situasi perang untuk menggambarkan situasi pemasaran. Al-maklumlah saya 'anak jatey gedebe' yang juga anak hulubalang seorang askar kepada Allahyarham 451493 Kpl Ab Rahman bin Hamad.

Penting anda mahir dan ingat di manakah suis untuk menekan peluru-peluru produk anda. Anda juga perlu cekap memintas dan 'lock' sasaran musuh anda. Bahasa mudah adalah bagaimana untuk 'close-deal' dengan cara meyakinkan pelanggan untuk membeli produk dari anda lalu bank-in terus ke akaun bank anda tanpa banyak soal.

Idea saya adalah anda harus respon dengan pantas sebaik saja prospek pelanggan mula bertanyakan tentang produk yang anda jual. Anda harus mahir dan ingat dimanakah anda simpan tentang maklumat produk di komputer anda, berapakah harganya, siapakah pembekal, spesifikasi produk dan sebagainya.
Kesemua maklumat produk anda harus susun dengan teratur dan rapi di paparan desktop komputer anda.
Mudah dicapai dan mudah dicari dengan menggunakan 'shortcut icon'.

Lambat respon bermakna anda bakal terlepas atau 'lock' sasaran dari radar cockpit serangan. Bayangkan saya di www.1kedai.com mempunyai ratusan produk yang saya gelarkan sebagai peluru. Segals-galanya harus pantas menembak seperti dua koboi yang beradu kepantasan membedil.

Tuesday 12 July 2016

TENTANG SAYA



Sedikit Tentang Saya

Nama saya Ruzlan Ab.Rahman iaitu pengasas bagi www.1kedai.com dan www.1kedaidesign.com
Tahun 2019, bermakna lebih 10 tahun terlibat dengan dunia perniagaan online setelah melalui pelbagai pengalaman, experiment, gagal dan berjaya.

 



www.1kedai.com 

https://shopee.com.my/1kedai


Orang kata kalau dah minat, segalanya boleh jadi. Hanya teguhkan semangat, salutkan hati dengan lapisan titanium.

Kata-kata semangat yg tersemat di hati saya biasanya adalah: 'HOT TURBO HEARTED'. Sentiasa panas membara dengan bunyi berdesing halus bila semangat api ditiupkan.
Biarpun berbadan kecil 'light weight' tapi yang penting enjin turbo berkuasa tinggi ada tersemat di jiwa.


Kerjaya sebenar adalah sebagai seorang designer yang banyak menggunakan kreativiti dan teknologi perisian rekabentuk hampir 25 tahun. 


 
Biasa-biasa saja, tapi amat obsess kepada banyak perkara meliputi design, software, astronomi, automobil, aeronautik, enjin, eskatologi Islam, elektronik, animasi 3D hinggalah kepada bidang pemasaran. 

  

Hobi ? Meluaskan hubungan komunikasi dan jaringan sosial..ha haa..Tak percaya ? Setakat Ogos 2019, dah ada 29,300 orang connection di akaun LinkedIn saya. Klik sini: https://www.linkedin.com/in/ruzlan-ab-rahman-b10a3273/

Misi ? Simple aja. Buat bisnes dari rumah sambil rehat tengok TV, hantar anak ke sekolah, cuti hari-hari, pecat majikan terdahulu, tiada stress ha haa..Kata lain: "Masa kita, so kita punya suka la na buat apa..yea tak ? "



MERDEKAKAN DIRI ANDA ! MASA ANDA, ANDALAH YANG PUNYA..